The Path

Hadhrat Abdullah bin Umar radiyalaahu anhuma had mentioned, "Whoever wishes to follow the way of another, should follow the ways of those who have passed away. These were the companions of Muhammad sallalaahu alayhi wassalam, who were the best people of this Ummah. Their hearts were most pious, their knowledge was deepest and they were least pretentious. They were people whom Allah Ta'ala had chosen to be companions of His Nabi sallalaahu alayhi wassalam and for the transmission of His Deen. You people should emulate their character and mannerisms. By the Rabb of the Kaabah! The Sahabah radiyalaahu anhum of Rasulullah sallalaahu alayhi wassalam were correctly guided."

Friday 26 October 2007

FITNAH MAUDUDI 2


SURAT KEPADA SAHABAT YANG SOLEH

Terjemahan dari surat bertajuk: "Tanqeed aur Haqqe Tanqeed" tulisan Maulana Muhammad Yoosuf Ludhianwi (rahmatullah alayh) yang diterbitkan pada bulan Dhul-Hijjah dalam risalah “Bayanaat” – Karachi.

Assalamualaykum,

Saudara sangat memandang tinggi kepada Maulana Sayyid Abul Aa'la Maududi. Persoalan ini mungkin memeranjatkan saudara mengapa para ulama’ dikalangan umat ini menentang habis-habisan Maulana Sayyid Abdul Aa'la Maududi dan ‘Pergerakan Islam’ beliau. Saya ingin bertanya pada saudara mengapa para ulama’ menentang Sir Sayyid Ahmed Khan dengan pergerakan 'Islaah Islam' nya, Abdullah Chackralwi dengan ‘Pergerakan Qur'aan' nya, Ghulam Ahmed Parvez dengan Pergerakan 'Tulu Islam' nya, Dr. Fazkyrragnab dengan ‘Pergerakan Pembaharuan Islam’ nya serta puak sosialis dengan ‘Pergerakan Progresif Islam’ mereka?

Sebagai menjawabnya, saudara mungkin telah maklum bahawa setiap daripada mereka ini, mengikut kefahaman mereka sendiri, telah merangka satu rencana pelan induk dalam fikiran mereka, dan menjadikannya sebagai asas ukuran pada perjuangan mereka. Dengan yang demikian, barangapa yang sesuai saja daripada Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad (Sallallahu alaihi wa Sallam) dengan rencana pelan induk mereka, maka mereka gabungkan sebagai perjuangan mereka. Manakala barang apa dari Islam yang tidak sesuai dengan rencana pelan induk dan cara pemikiran mereka, maka mereka cela, mereka dustakan, mereka perolok-olokkan, mereka mempermainkan, serta mereka tolak, atau mereka kelirukan atau mereka memberikan tafsiran yang jauh menyimpang agar maksud sebenar daripadanya terpadam. Jelas sekali, pemikiran mereka, perasaan mereka, dan hati mereka tidak condong dan tunduk kepada Islam, tetapi penerimaan atau penolakan mereka terhadap prinsip-prinsip dalam agama Islam, bergantung kepada rangka pelan induk mereka.

Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab para ulama’ untuk memperbetulkan pemikiran salah “bomoh-bomoh Islam” tersebut and mengkedepankan agama Islam yang suci murni yang dibawa oleh Muhammad (sallalaaahu alayhi wasalam) yang telah terpelihara selama lebih 1400 tahun dikalangan penganut-penganutnya daripada bala atau malapetaka terbaru dalam bentuk “pemikir-pemikir Islam”. Saudara sedia maklum bahawa para ulama’ mukhlisin dikalangan umat ini telah melaksanakan tugas mereka dengan mengenepikan segala rintangan yang mereka tempuhi. Mereka telah dicela, nama mereka telah diperburuk-burukkan, mereka telah diperlekeh-lekehkan, dan berbagai-bagai tohmahan telah dilemparkan ke atas mereka, tetapi mereka (para ulama’) terus menerus menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka, dan tetap teguh melaksanakannya. Selagi para ulama’ masih hidup dan mampu bersuara, tidak akan sesekali mereka menjerumuskan diri mereka dengan kesalahan membiarkan yang salah terus salah, dan yang bengkok terus menjadi bengkok.

Sekarang dengarlah! Dalam gaya dan cara yang sama Maududi mencipta dan melahirkan rencana terperincinya yang telah beliau persembahkan sebagai “pergerakan Islam” yang menjadi asas kepada penubuhan ‘Jamaat Islami’. Hari ni, kesan buruk daripada ‘Jamaat Islami’ beliau telah melata luas ke segenap penjuru. Allah jauhkan, bukanlah maksudku untuk menyampaikan ini, bahawa hukum yang jatuh atas individu-individu yang tersebut di atas juga jatuh kepada Janab Maududi, yang mana terdapat perbezaan dari segi darjat dan tahap. Tujuan memberikan contoh-contoh ‘lapisan demi lapisan kegelapan’ itu adalah hanya untuk menekankan bahawa mereka yang tersebut gagal untuk memahami Islam yang hakiki. Mereka sebulat suara dalam mencipta jalan baru dan rajah baru mengenai Islam. Adalah menjadi persoalan lain yang mana jalan sesetengah daripada mereka sama sekali menyimpang daripada apa yang dibawa oleh Muhammad (Sallallahu alaihi wa Sallam) dan sesetengah mereka terdapat beberapa penyimpangan.

Apa yang menjadi kemusykilan dan persoalan adalah, kesemua mereka, melalui kefahaman dan pemikiran mereka, telah membawa kehadapan ‘Islam cara mereka’ kepada masyarakat umum. Mereka telah mendakwa bahawa ianya adalah yang haq dan menyeru orangramai kepadanya. Peribahasa Arab ada mengatakan: “Apa saja yang jatuh, akan ada yang mengutipnya.” Setiap orang pasti akan menemui seseorang yang berkongsi buah fikiran dan pendapat yang sama. Inilah jawapan ringkas kepada persoalan saudara. Tetapi daku merasakan saudara pasti tidak berpuas hati dengannya, maka daku terpaksa menghuraikannya. Saudara tentunya telah membaca perlembagaan Jamaat Islami yang mana ditulis sendiri oleh Maududi:

“Tidak ada manusia yang patut diambil sebagai ‘Pengukur Kebenaran’ selain daripada Rasulullah (Sallalaahu alaihi wa Sallam), tidak ada sesiapa yang patut dianggap sebagai bebas daripada ‘kritikan’, tidak ada sesiapa yang patut asyik dengan ‘perhambaan mental’ oleh sesiapa pun. Sebagaimana yang Allah telah tunjukkan, setiap orang patut memeriksa dan menyemak setiap orang lain dengan tahap ukuran yang lengkap, dan menurut tahap ukuran tersebut, apa saja darjat yang sesuai dengan seseorang itu, maka itulah darjat orang tersebut.”

Dengan berkeyakinan kepada perlembagaan ini, Maududi telah mendorong setiap ahli Jamaat Islami – walau apa saja tahap kedudukan seseorang - tidak menganggap mana-mana orang sekalipun yang tidak boleh dikritik melainkan Rasulullah (Sallallahu alaihi wa Sallam), juga sesiapa pun tidak patut terkesan dengan ‘perhambaan mental’ orang lain, serta dengan kuasa pemeriksaan yang Allah Ta’ala telah berikan Maududi dan ‘Jamaah’ beliau, setiap orang patut dipatuk dan diperiksa. Setelah mengetahui keputusannya, apa-apa darjat yang diperoleh oleh seseorang itu, dianugerahkan dengan sepatutnya. Sekarang marilah kita mentela’ah dari ‘Mazhab Maududi’ dan lihat, sambil mengkritik, bagaimana Tuan Maududi telah menelanjangkan para salafus soleh (golongan soleh yang terdahulu).

Dengar! Maududi telah berkata:

1. Perumpamaan Musa (Alaihis salaam) ialah sebagaimana seorang panglima yang mencapai kemenangan, yang gopoh dan terburu-buru, yang mana maju terus ke depan tanpa memperkukuhkan dan mendirikan penguasaannya, dan di belakangnya berlaku pemberontakan dalam jajahan takluknya yang merebak seperti api di dalam hutan. Maududi Mazhab, m/s 23.

2. Para Ambiyaa’ juga berdepan dengan bahaya rompakan di jalanraya oleh jiwa yang nakal. Nabi yang unggul seperti Daud (Alaihis salaam) pernah ditegur pada satu masa, “......dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah.” Surah Saad: 26 Ibid m/s 21

3. Daud (Alaihis salaam) telah terkesan dengan adat kehidupan masyarakat Bani Isreal pada zamannya dan telah meminta Orya untuk bercerai. Ibid m/s 24

4. Daud (Alaihis salam) mempunyai bibit-bibit hawanafsu dalam amal perbuatannya. Ibid m/s 25

5. Nuh (Alaihis salaam) telah diatasi oleh kelemahan-kelemahan yang biasa terdapat pada manusia yang menyebabkannya menjadi mangsa kepada keghairahan Jahiliyyah. Ibid m/s 26.

6. Sebenarnya, Ismat (kesucian) bukanlah sesuatu kemestian bagi jiwa para Ambiyaa’. Ini adalah suatu hal yang Lateef (halus). Allah Ta'aala telah dengan sengaja mengangkat perlindunganNya pada sesuatu masa tertentu dari setiap Nabi, supaya satu atau dua pencabulan dilakukan, yang mana, manusia tidak akan menganggap para Ambiyaa’ sebagai Tuhan-tuhan, dan mengetahui bahawa mereka juga adalah manusia. Ibid m/s 30.

7. Para Ambiyaa juga membuat pencabulan, mereka malah telah dihukum. Ibid m/s 31.

8. Yunus (Alaihis salam) telah melakukan beberapa kekurangan dalam melaksanakan Risalah (Tuhan), dan kemungkinan telah terburu-buru dan meninggalkan tarafnya sebelum masanya. Ibid m/s 35.

9. Para sahabat, pada masa-masa tertentu diatasi oleh kelemahan-kelemahan yang biasa ada pada manusia; mereka mencaci maki antara satu sama lain (sila baca seterusnya apa yang beliau tulis pada perenggan ini di mukasurat 56. Daku malu untuk menyalinnya di sini).

10. Para Sahabat Kiraam, pada kebanyakan masa, tersilap dalam pemahaman mereka mengenai semangat sebenar Jihaad fi Sabilillah. Ibid m/s 59.

11. Suatu ketika, seorang yang Siddek Akbar seperti Abu Bakar pun yang menghayati Lillahiyyat (Jalan Petunjuk Allah) tersilap (atau membuat kesilapan besar) dalam memenuhi keperluan halus agama Islam.

12. Sifat banga diri telah mengatasi dan membuatkan Umar Radhiallahu Anhu tidak berupaya buat beberapa ketika sewaktu kewafatan Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam. Ibid m/s 60.

13. Hazrat Uthman, yang telah diberikan tanggungjawab kerja yang amat besar ini (kekhalifahan), tidak mempunyai kualiti yang dikurniakan kepada keduan orang khalifah sebelumnya. Maka itulah, jahiliyyah telah menyelinap masuk ke dalam kehidupan Islam. Ibid m/s 65.

14. Fatwa-fatwa Khulafaa Raashideen, yang dikeluarkan sebagai Qadi, tidak diterima sebagai hukum dalam Islam. Ibid m/s 66.

15. Hadhrat Uthman, telah bersilih ganti melantik kaum kerabatnya menjawat jawatan tinggi, dan memberi mereka pelbagai hak istimewa, yang menyebabkan umumnya menjadi sumber kritikan dari orangramai. Ibid m/s 71.

16. Sebagai contoh, beliau telah menganjari Marwan seperlima (500,000 Dinar) daripada harta perang di Afrika. Ibid m/s 71.

17. Sejarah menunjukkan, dan sebenarnya demikian, bahawa Marwan dan Yazeed adalah berkeperibadian yang keji dikalangan umat Islam. Ini adalah ungkapan yang paling lembut yang boleh dikatakan terhadap Marwan dan Yazeed. Faraan Bulanan September 1976, m/s 42.

18. Polisi yang dibawa oleh Uthman Radhiallahu Anhu, tidak syak lagi, adalah salah. Sesuatu yang salah adalah tetap salah, tidak kira siapa yang melakukannya. Mencuba untuk membuktikan ianya betul melalui ceramah atau mereka-reka cerita adalah di luar tuntutan logik dan keadilan, juga bukannya tuntutan agama, yang mana kesilapan yang dilakukan oleh seorang Sahabat tak seharusnya dikatakan sebagai kesilapan. Mazhab Maududi, m/s 73.

19. Satu perbuatan Bid'ah yang keji bermula pada zaman pemerintahan Hadhrat Mu'aawiyah, yang mana beliau sendiri, dan melalui arahan beliau, kesemua gabenor-gabenor yang dilantik oleh beliau, semasa menyampaikan khutbah di atas mimbar, mencaci maki Hadhrat Ali Radhiallahu Anhu. Mencaci maki dan menyumpah seranah seseorang selepas kematiannya, jangankan bersabit Shari'ah, malah ianya menyalahi kesantunan manusia untuk melakukannya, dan terutamanya mencemari khutbah Juma’at dengan sedemikian kotor dan keji, adalah suatu perbuatan yang amat rendah menurut agama dan tatasusila. Ibid m/s 75.

20. Usaha untuk menyatukan (Istilhaaq) Ziyaad bin Simayyah juga adalah antara perbuatan Hadhrat Mu'aawiyah Radhiallahu Anhu, yang mana disebabkan oleh alasan politik, beliau telah menyalahi hukum Shari’ah yang diterima umum. Ibid m/s 76.

21. Dalam mencuba untuk menjadikan Ziyaad sebagai penyokong dan pembantunya, Hadhrat Mu'aawiyah Radhiallahu Anhu telah menerima bukti penzinaan ayah beliau (Abu Sufyaan). Dan daripada bukti tersebut, beliau telah membuat kesimpulan bahawa Ziyaad adalah anak luar nikah Abu Sufyaan, dan daripada itu menganggap Ziyaad sebagai adiknya dan ahli keluarganya. Terbukti, hal ini dan apa cara sekalipun adalah keji dari segi moral. Tetapi mengikut hukumnya, iannya adalah haram, kerana menurut hukum Syari’ah, kedudukan sebagai bapa tidak boleh dibuktikan melalui penzinaan. ibid m/s 77.

22. Amr bin Al'Aas telah melakukan dua kelakuan seumpama itu, yang mana tidak dapat tidak, iannya mesti dilihat sebagai kesalahan. Ibid m/s 84.

23. Hadhrat Ali telah melantik Malik bin Haarith and Muhammad bin Abu-Bakr sebagai gabenor, sedangkan, kedua-dua mereka ini terlibat dengan peristiwa pembunuhan Usman. Hal ini diketahui oleh semua orang. Sepanjang masa kekhalifahan Ali Radhiallahu Anhu inilah satu-satunya perbuatan yang mana, tidak boleh dianggap selain melainkan ianya adalah kesalahan. Ibid m/s 85.

24. Hadhrat Aysha Radhiallahu Anha dan Hafsah Radhiallahu Anha telah begitu berani dan mula menjadi lancang berkata-kata di hadapan Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam. Ibid m/s 88.

25. Setelah mengkaji sejarah, telah didapati bahawa sehingga sekarang, tidak ada sebenar-benar mujadid yang dilahirkan. Hampir sekali Umar bin Abdulaziz mencapai kedudukan tersebut, tetapi beliau telah beroleh kegagalan. Ibid m/s 91.

26. Dalam mengulas mengenai Imam Ghazali, terdapat beberapa kekurangan dari segi ilmu mahupun fikir, dan yang mana boleh dibahagikan kepada 3 bahagian. Yang pertama dari kekurangan-kekurangan ini, terhasil dalam karya penulisan beliau disebabkan pengetahuan beliau yang lemah dalam bidang hadith. Yang kedua dari kekurangan-kekurangan ini, adalah disebabkan Aqliyyah terlalu mengatasi fikiran beliau. Dan yang ketiga dari kekurangan-kekurangan ini, kecenderungannya terhadap tasawwuf adalah melebihi dari yang sepatutnya. Ibid m/s 92.

27. Perkara pertama yang menggetarkan daku mengenai usaha pemulihan dari zaman Hazrat Mujaddid Alf Thaani hingga ke zaman Shah (Waliyullah) Saheb dan murid-muridnya, adalah, yang mana didalam Tasawwuf mereka tidak mengambil kira masalah penyakit umat Islam. Mereka telah menyajikan kepada umat Islam makanan yang sama yang sepatutnya dihindari terus. Ibid m/s 92.

28. Samada Hadhrat Mujaddid Saheb mahupun Shah (Waliyullah) Saheb, tidak menyedari akan ‘peyakit’ ini. Kritikan terhadap perkara ini boleh didapati didalam penulisan mereka berdua. Adalah berkemungkinan bahawa mereka tidak dapat benar-benar menilai betapa seriusnya ‘penyakit’ tersebut. Atas sebab ini, kedua-dua peribadi yang dihormati ini telah menyajikan oarangramai yang sakit dengan makanan yang sama, yang terbukti memudharatkan. Kesan daripada ini adalah, lama-kelamaan kedua kelompok ini dijangkiti dengan penyakit yang sama. Ibid m/s 94.

29. Walaupun Maulana Ismail Shaheed R. Alayhi faham benar dengan hakikat ini, dan mengambil langkah yang sama dengan Ibn Taymiyyah, tetapi sebagaimana termaktub dalam hasil penulisan Shah Waliyullah Saheb, yang mana kesannya terdapat dalam tulisan-tulisan Shah Ismail Shaheed R. Alayhi, seruling rangkaian Peer/Mureedi telah diteruskan dalam pergerakan Sayyid Saheb. Maka, pergerakan ini juga tidak bebas dari kuman-kuman ‘penyakit sufiyyat.’ Ibid m/s 95.

30. Dan kami dapati ‘Jahalah’ ini – kecuali satu jamaah yang sangat kecil – diantara rata-rata orang Islam dari Timur ke Barat, samada dikalangan orang awam yang buta huruf, atau graduan Ulama, atau Mashaa’ikh yang mengemis, atau graduan kolej dan universiti. Pemikiran, cara dan gaya kesemua mereka ini adalah berbeza-beza, tetapi mereka sepakat dalam kejahilan terhadap kebenaran dan roh Islam. Ibid m/s 19.

Daku hanya membentangkan beberapa titik saja dari lautan kemarahan kritikan Janab Maududi. Kesemua ini, mengikut dakwaannya, ditulis selepas penelitian berpandukan ‘ukuran’ yang ditentukan oleh Allah. Daku tidak bertujuan untuk membincangkan atau mendebatnya satu persatu. Fikirkanlah sendiri, apakah kesan pandangan terhadap Islam setelah mengambil kira kritikan-kritikan tersebut. Bagaimanapun, untuk keselesaan kamu, beberapa perkara perlu dibentangkan.

Arahan Maududi ialah selain Rasulullah Sallallahu alihi wa Sallam, tidak ada manusia yang bebas dari kritikan (Tanqeed). Sebelum kita memikirkan kesannya, mula-mula perhatikan apa itu kritikan (Tanqeed)? (Kamus Oxford mengatakan ianya adalah mempertimbangkan kebaikan; tinjauan kritikal). Tanqeed adalah perkataan Arab yang bermakna untuk mengukur, pengujian mutu, memeriksa, meneliti, menguji, dan menilai yang benar dari yang salah. Dalam bahasa Urdu ianya bermakna mengambil kesempatan atas kesalahan yang kurang penting, mendedahkan kekurangan i.e. Tanqeed bermaksud selepas memeriksa sesuatu, kesilapannya dirumus, dan kelemahan sekitarnya diumumkan. Apabila kita mengatakan seorang itu mengkritik seseorang, tidak ada lain maksudnya melainkan kelemahan orang yang dikritik itu ditonjolkan. Orang itu diperiksa dan semua kesalahan atau kesilapan serta kelemahannya didedahkan.

Bilamana sesuatu atau seseorang itu menjadi tumpuan kritikan, perkara pertama yang timbul difikiran mengenai sesuatu itu atau orang itu adalah, sesuatu itu atau orang itu tidak dapat dipercayai, maka sesuatu itu atau orang itu perlu diperiksa atau diteliti. Hanya selepas diperiksa atau diteliti, boleh dipastikan samada sesuatu itu atau orang itu boleh dipecayai. Sebab apa-apa yang dipercayai seratus peratus tidak lagi memerlukan pemeriksaan atau penelitian. Daku percaya yang kamu tidak pernah melihat atau mendengar di dunia ini, seorang yang bijak yang sibuk memeriksa atau meneliti sesuatu yang dipercayai. Ianya menjadi satu kenyataan bahawa, tidak ada sebarang keperluan untuk memeriksa sesuatu atau seseorang yang dipercayai. Sesuatu yang patut dikritik, ianya adalah tidak boleh dipercayai. Sebagai contoh, seperti alat timbangan atau alat pengukur yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa kerajaan dan digunakan dalam perniagaan atau perdagangan, kita tidak akan jumpa dengan seseorang yang apabila sedang membeli baranganan, sibuk menanya si penjual, “Encik, alat pengukur dan penimbang yang awak guna ni elok ke? (atau betul ke?).” Setelah disahkan atau diluluskan oleh pihak berkuasa, alat-alat berkenaan tidak lagi perlu dikritik atau diperiksa. Jika setelah nyata kelulusan dan pengesahan tersebut, tapi seorang itu masih sibuk menanyakannya, apakah yang boleh dikatakan mengenai orang sebegini?
Jadi sekarang, apabila Maududi memberitahu kita bahawa tiada seorang manusia yang bebas dari kritikan kecuali Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam, maka ianya jelas bermaksud tidak ada satu orang manusia pun yang boleh dipercayai oleh kita semua. Janab Maududi melabelkan menaruh kepercayaan ini sebagai ‘perhambaan mental’, dan bahawa tiada seorang pun yang patut terpengaruh dengan ‘perhambaan mental’ oleh seseorang kecuali oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam.

Atas sebab inilah, mengikut gambarannya sendiri mengenai Islam, beliau telah menyangkal fatwa-fatwa oleh Khulafaa Raashideen sebagai yang boleh diterima pakai oleh syara’, sedangkan Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam dengan tegas telah menasihati Umat baginda untuk berpegang teguh kepada sunah-sunah Khulafaa Raashideen.

Tentu kamu telah membaca hadith ini dalam kitab Mishkaat:

Dari Al-Irbadh bin Sariyah ra. yang menceritakan suatu peristiwa, katanya: Pada suatu hari Rasulullah SAW telah mengimami kami satu shalat, dan sesudah selesai shalat, beliau lalu menghadapkan wajahnya kepada kami serta menyampaikan suatu syarahan yang sungguh berkesan sekali pada diri kami, sehingga bercucuranlah air mata kami dan gemetarlah segala urat perut kami. Sehabis syarahan itu, telah bangun seorang lelaki berkata: Ya Rasulullah! Seolah-olah syarahan ini adalah suatu syarahan terakhir untuk mengucapkan selamat tinggal! Jadi, apakah yang patut engkau pesankan untuk kami?! jawab beliau: Aku berpesan kepada kamu supaya bertaqwa kepada Allah, selalu mendengar perintah dan mentaatinya, walaupun yang memerintah itu seorang hamba habsyi (yang hitam warna kulitnya). Kerana sesungguhnya, siapa saja yang hidup di antara kamu sesudahku nanti dia akan melihat perselisihan-perselisihan yang banyak. Maka ketika itu, hendaklah kamu berpegang teguh kepada perjalananku dan pejalanan para Khulafaur-Rasyidin yang sudah tertunjuk (oleh hidayatku), hendaklah kamu berpegang kuat dengannya, dan gigitlah dia dengan gigi geraham kamu. Berhati-hatilah kamu dengan mengada-adakan (hukum) yang baru, kerana setiap hukum yang diada-adakan itu adalah bid'ah, dan setiap bid'ah itu adalah sesat! (Musnad Ahmad, Abu Daud, Tirmizi, Ibn Majah; Mishkaat m/s 29)

Adakah kamu tahu apa maknanya apabila seseorang itu mengkritik orang lain?

Dengarlah, jika ilmu pengetahuan seseorang itu dikritik (walaupun bersabit satu masa’alah atau urusan), ianya bermakna dalam permasa’alahan tersebut pandangan orang yang dikritik itu adalah salah, ataupun ilmu pengetahuan rang yang mengkritik tersebut lebih baik. Jika pemahaman seseorang itu dikecam hebat, ianya bermakna pemahaman si pengkritik lebih baik. Jika amalan-amalan seseorang itu dikecam hebat, ianya bermakna amalan-amalan si pengkritik adalah lebih tinggi darjatnya. Ringkasnya, atas apa-apa sebab seseorang itu dikritik, ianya bermaksud ilmu pengetahuan, amalan, kebijaksanaan dan kefahaman orang yang mengkritik lebih baik.

Ada masa-masanya, orang yang mengkritik itu memang lebih baik dari orang yang dikritik, tetapi orang yang mengkritik dengan khayalan kesombongannya dan membesar-besarkannya, memandang dirinya lebih hebat. Dalam Islam, hal ini disebut ‘Kibr’ atau ‘Takabbur’. ‘Kibr’ yang sama telah mengatasi iblis, dan melalui kesalahan membesar-besarkan diri inilah, sebaliknya daripada ‘Muallim Malakut’, ia telah dilaknat hingga ke hari Qiyamat. Sekarang letakkan usul ini didepan mu, dan fikirkan akan kritikan-kritikan tersebut, dan usul kritikan oleh Maududi Saheb. Dia telah memberikan hak untuk mengkritik kepada sesiapa saja ke atas para Salafus Saalihin kecuali ke atas Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam. Beritahulah kepada daku apa yang kamu panggil ini? Sesuai dengan Maududi, adakah setiap ahli Jamaatnya mempunyai lebih ilmu pengetahuan dan pemahaman dari para Salafus Saaliheen? Jika tidak, maka apa lagi motifnya melainkan khayalan keangkuhan dan tanggapan sendiri?

Apabila Maududi mengatakan bahawa Yunus Alaihis salaam melakukan beberapa kesilapan dalam menyempurnakan Risalah, pada ketika itu dakwaannya sama seperti mengatakan bahawa beliau memahami tuntutan Risalah lebih daripada Yunus Alaihis salaam, dan berkemungkinan (Na’uzubillah) lebih dari Allah, kerana sekurang-kurangnya, apa yang dijangkakan dari Maududi ialah beliau tidak akan menganugerahkan jawatan penting dalam Jamaah beliau kepada seseorang yang beliau tahu tidak akan menjalankan kewajipan dan tanggungjawab dengan tekun dan gigih. Tetapi menurut Maududi, Allah Ta’ala menganugerahkan Risalah kepada Yunus Alayhis salaam dan tidak berjaga-jaga atas penganugerahan ini.

Atas cara yang sama, apabila Maududi mengatakan bahawa keghairahan nafsu Jahilliyah telah mengatasi Yunus Alayhi salaam, maka seolah-olah beliau mendakwa bahawa pandangan jauhnya terhadap keghairahan nafsu Jahiliyyah lebih hebat dari Yunus Alayhis salaam, dan beliau lebih berkemampuan melawan keghairahan nafsu Jahiliyyah. Beliau mengatakan mengenai diri beliau sendiri:

“Adalah menjadi kehendak Allah bahawa saya tidak melakukan sesuatu amalan atau menuturkan sesuatu perkataan dibawah pengaruh nafsu saya sendiri, tidak juga saya melakukannya. Setiap patah perkataan yang saya tuturkan dalam syarahan-syarahan saya, saya mempertimbangkan dulu setiap perkataan sebelum menuturkannya, sambil sentiasa mengingati bahawa saya akan dipersoalkan dihadapan Allah dan sekelian makhluk. Maka itulah, amat yakin dengan kedudukan saya bahawa saya tidak sesekali menuturkan walau satu patah perkataan yang bertentangan dengan Haq.” Maududi Mazhab, m/s 29.

Apabila beliau mengatakan bahawa Daud Alaihis salaam telah dipengaruhi dengan adat kehidupan masyarakat Bani Isreal dan telah melakukan beberapa perlakuan, beliau lupa bahawa seorang yang terpukau dengan ‘perhambaan mental’ masyarakatnya, tidak sekali-kali boleh menjadi seorang Nabi. Berdasarkan semua ini, ianya memberikan kesan pada fikiran seseorang itu bahawa jika Hazrat Maulana Abul Aa'la Maududi berada ditempat Daud Alaihis salaam, beliau tidak sesakali meminta Orya untuk menceraikan isterinya.

Apabila beliau mengatakan dalam keadaan tertentu, Hadhrat Mu'aawiyah Radhiallahu Anhu tidak pun mengambil kira moral atau tatasusila kemanusiaan, pada masa itu beliau menganggap diri beliau sebagai seorang aalim yang lebih hebat dari segi moral atau tatasusila kemanusiaan daripada Mu'aawiyah Radhiallahu Anhu. Apabila beliau mengatakan Mu'aawiyah Radhiallahu Anhu dengan secara terbuka melanggar dasar Shari’ah tertentu, pada masa itu beliau meletakkan diri beliau lebih aalim dari Hadhrat Mu'aawiyah Radhiallahu Anhu.

Apabila beliau mengatakan sejak dari zaman Umar bin Abdulaziz Rahmatullahi alaih sehingga ke zaman Sayyid Ahmed Shahid Rahmatullahim, terdapat kekurangan dalam missi Tajdeedi dikalangan para Mujadid, pada masa yang sama beliau cuba untuk menyakinkan bahawa beliau memahami Tajdeed dan membangkitkan agama lebih dari para pendahulu kita yang soleh. Dan malah, beliau dengan bangganya mendakwa:

“Bukanlah dengan memahami agama dari peribadi-peribadi masa sekarang atau peribadi-peribadi terdahulu, sebaliknya daku telah sentiasa berusaha memahaminya dari Al-Quran dan Sunnah. Maka, selalunya, apabila berusaha mengetahui apa kehendak agama ke atas ku dan setiap Mu’min, I sekali-kali tidak cuba melihat apa yang dikatakan oleh Buzrug tertentu, tetapi sebaliknya, daku cuba melihat apa firman Al-Quran dan apa sabdaan-sabdaan Rasul.” Maududi Mazhab, m/s 98.

[Siapa yang mengajar kamu Al-Quran and Sunnah? Orang-orang masa sekarang atau orang-orang terdahulu? Ataukah para malaikat Mala Aalaa? Atau orang yang seperti Ghulam Ahmed Qadiani, yang mendakwa tersedia ada kepadanya sejak dari dalam kandungan ibunya? Ini adalah sifat tidak mengenang budi pada peringkat tertinggi. Mereka-mereka terdahulu, yang mana dengan barakah, sedikit sebanyak pelajaran sampai kepada kita, telah ditolak dan dicampak buang. Secara dasarnya, ianya sama dengan pandangan Mirza Ghulam Ahmed Qadiani dan Ghulam Ahmed Parwez]

Beliau sebenarnya cuba untuk memaparkan kepada umum bahawa sepanjang sejarah umat, tiada yang lahir selain beliau yang benar-benar memahami agama. Ini adalah hal lain yang mana, Insha'Allah, jika ada kesempatan, akan daku kupaskan. Ringkasnya, daku katakan begini, bahawa motif kritikan adalah bilamana seorang itu merasa ‘Ana khayrum minhu’ (Aku lebih baik dari dia). Jika seorang itu benar-benar lebih hebat dari yang lain dari segi ilmu pengetahuan, pemahaman, amalan dan akhlak, jelas dia mempunyai hak untuk mengkritik orang lain yang taraf kedudukannya lebih rendah. Jika seorang itu, merasakan sendiri bahawa dirinya lebih hebat, dan jika inilah motifnya, maka setiap Mu’min seharusnya memohon kepada Allah agar diberikan perlindungan olehNya.

Kenyataannya sekarang, jika Maududi Saheb lebih hebat ilmu pengetahuannya, pemahaman, amalan, taqwa, dsb, dari peribadi-perbadi yang dikritiknya, maka jelas dia berhak untuk mengkritik mereka. Akan tetapi, dibandingkan dengan peribadi-peribadi terhormat tersebut, jelas sekali beliau lebih rendah, dan lancang mengkritik, maka apa lagi motif beliau kalau bukannya riak, sombong, bangga diri dan Takabbur?

Menurut pandangan Maududi Saheb, kononnya apabila tidak ada seorang pun individu yang tidak boleh dikritik selama sepanjang 1400 tahun usia umat, tidak juga mana-mana individu yang boleh kita bergantung harap, dan menurut tahap yang telah ditetapkan Allah, adalah menjadi tugas atau tanggungjawab kita untuk memeriksa dan meneliti setiap orang, maka timbul persoalan bahawa agama ini telah sampai kepada umat hari ini melalui Naql Riwaayah, pengetahuan dan amalan para Salafus Saaliheen, bolehkah ianya kita bergantung harap? Adakah kamu tahu bahawa bukti dan hujjah agama kita ini diambil dari empat sumber:
(a) Kitab Allah;
(b) Sunnah Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam;
(c) Ijmaa’; dan
(d) Qiyaas para Mujtahideen.

Fiqhi Masaa'il daripada para A'immah Mujtahideen telah dimansuhkan dengan cara yang mana, Mashaa'Allah, kononnya Maududi sendiri adalah Mujtahid Mutlaq. Beliau, kononnya, tidak memerlukan menafaat daripada mana-mana pembimbing masakini atau yang lepas untuk memahami agama. Apabila seluruh Ummah perlu diperiksa secara kritikal dan dianggap sebagai tidak boleh bergantung harap, maka jelas bahawa Ijmaa’ tidak lagi berguna. Pergantungan kepada Kitaab dan Sunnah adalah pada Riwaayat dan Diraayat, terutama apabila menurut kajian Janab Maududi Saheb, para Sahaabah Kiraam Radhiallahu Anhum menyerang antara satu sama lain dan (Na Uzubillah) memanggil satu sama lain sebagai pembohong. Jika kenyataannya, Na Uzubillah, para Sahaabah Kiraam Radhiallahu Anhum adalah sebagaimana yang digambarkan oleh kritikan Maududi Saheb, maka adalah jelas bahawa Ummah yang akan datang selepas ini akan lebih buruk lagi. Natijahnya adalah bermula dari Al- Qur'aan dan Hadith hingga kepada Ijmaa’ and Qiyaas, kesemuanya akan menimbulkan keraguan dan akan dianggap tidak dapat dipercayai, sehingga Maududi Saheb menunjukkan kepada kita, kononnya melalui tahap ukuran yang ditunjukkan Allah kepadanya, samada sesuatu perkara itu boleh diyakini atau tidak. Beritahulah kepada kami, adakah ada sesuatu selain daripada ini yang dikatakan Mirza Ghulam Ahmed Qadiani dan Ghulam Ahmed Parvez? Dari manakah Maududi Saheb mencapai “tahap ukuran Allah” ini? Sehinggakan setiap individu dari kalangan para Salafus Saaliheen telah diperiksa dan dikelaskan. Apa!? Adakah wahyu diturunkan kepada beliau atau beliau berpatah balik seribu empat ratus tahus kebelakang untuk mendengar sendiri Al-Quran dan Sunnah daripada Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam? Apabila beliau tidak mengakui darjat seorangpun dari peribadi sekarang mahupun yang lepas, tidak juga beliau sanggup tertakluk kepada ‘perhambaan mental’ daripada sesiapa pun, jadi dari gua mana dia menerima ‘Tahap Ukuran Allah’ itu?

Kamu mungkin sedia maklum bahawa Allah Ta'aala sendiri yang menjaga agama kita ini sehingga ke Hari Qiyaamah. Agama ini hanya terjaga apabila kalimat-kalimat Nusus agama dipelihara tanpa apa-apa perubahan. Makna atau maksudnya juga dipelihara. Cara yang mana Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam mengamalkan dan menunjukkannya sendiri, serta macamana para Sahaabah Kiraam Radhialiahu Anhum mengamalkannya sewaktu bersama baginda, juga perlu dipelihara. Kemudian melalui amalan tersebut kemahiran dalam pemikiran Islam dan keredhaan; perjalanan Ihsaan; dan pemahaman agama yang terbentuk, perlu dipelihara. Ringkasnya, 4 perkara adalah disebut di sini; ungkapan kata, maksud, amalan dan pemikiran Islam. Kami yang asyik dengan ‘perhambaan mental’ tidak menggunakan akal untuk memikirkannya, tetapi adalah menjadi keyakinan kami bahawa Allah Ta’ala tanpa memecah atau menggangunya telah memelihara keempat-empat perkara tersebut, dan kami amat terhutang budi kepada mereka yang mana Allah gunakan sebagai asbab untuk memeliharanya. Mereka adalah penunjuk jalan kami dan pemimpin kami. Kami berkeyakinan penuh kepada mereka. Kami adalah ‘hamba-hamba mental’ mereka, dan kami amat bersyukur atas kebaikan dan kejujuran hati mereka.

Katakanlah, misalnya peribadi-peribadi yang mulia tersebut tidak wujud, tetapi dalam waktu tertentu ungkapan kata, maksud, amalan dan pemikiran Islam, tidak terpelihara, atau tidak boleh diyakini, maka disebabkan ini, seluruh binaan agama akan bertukar menjadi tunggang langgang. Tetapi, menurut pendapat Maududi Saheb, tidak ada satu pun daripada empat perkara tersebut boleh diterima pakai, kerana keaiban terhadap ‘perhambaan mental’ kepada peribadi-peribadi yang terdahulu mahupun masa sekarang, samasekali tidak sesuai berada dalam gelanggang beliau, tidak juga samasekali beliau akan menerimanya apa cara sekalipun. Katakan kita terima saja apa yang beliau katakan, bahawa firman-firman Allah dan Sunnah adalah terpelihara, masih juga ada peringkat-peringkat dimana penafsiran ayat-ayat dan makna yang betul, dan beramal dengan ayat-ayat berkenaan, serta untuk seseorang mencapai pemikiran Islam, masih perlu dicakupi. Memandangkan Maududi Saheb tidak menerima ‘perhambaan mental’ dari mana-mana manusia, jadi beliau terpaksa melalui jalan ini sendirian, dan dalam keadaan yang sama beliau juga terpaksa mencakupi jalan ini melalui daya intelek dan pemahamannya sendiri. Tidak perlu diulaslah akan akibat dari hasilnya dan gambaran seseorang itu terhadap agama. Adalah menjadi kenyataan bahawa seseorang yang ingin tetap dengan agama Muhammed Sallallahu alaihi wa Salam, mestilah menjadi ‘hamba mental’ kepada para Salafus Saaliheen yang telah menegakkan agama dengan kukuh. Orang yang tidak sedia untuk menerima ‘aib’ ini atau tidak mahu menurutinya, tidak akan dapat mencapai Islam yang sebenarnya (yakni, Islam yang dibawa oleh Muhammed Sallallahu alaihi wa Sallam), walaupun seorang itu menduduki kedudukan tertinggi. Setelah membidas kejujuran kata-kata dan hal ehwal para Salafus Saaliheen dan tidak tenggelam dalam ‘perhambaan mental’ mereka, jika Maududi Saheb telah mencipta satu cara saintifik, kami menunggu-nunggu untuk mengetahui akannya, asalkan saja ianya berbeza dengan gaya dan cara Parvez dan Mirza Qadiani.

Daku bersetuju bahawa Maududi adalah seorang pengarang yang baik dan sangat mahir menggunakan penanya, tetapi daku merasakan bahawa dalam pemikirannya yang tinggi, beliau kekadang menggunakan istilah-stilah yang dalam situasi tertentu diucapkan di luar konteks. Misalnya, istilah ‘tanpa boleh dikritik’ dan ‘perhambaan mental’. Kedua-duanya, tidak ada makna menurut logik. Fikirkanlah, jika ‘perhambaan mental’ adalah sesuatu yang tiada aibnya di dalam agama Islam, malah sesuatu yang harus beribu-ribu kali dibanggakan, maka tidakkah patut seseorang itu berbangga mengikuti jalan para Salafus Saaliheen dan mereka yang telah memikul tanggungjawab Islam? Jadi apakah maksudnya sabdaan Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam: 'Bahawa umat ku tidak akan bersatu di atas pembohongan.’

Bayangkan seorang anak kecil yang belajar di madrasah atau sekolah untuk pertama kalinya. Ustaaznya mulai mengajarnya huruf-huruf, dan mengajarnya ini ‘Alif’ dan ini ‘Ba’. Sebagai menjawabnya anak (murid) itu berkata: ‘Ustaz, saya adalah pemikir abad kesembilan belas, mengapa saya harus menerima ‘perhambaan mental’ ini? Jelas sekali apa bentuk pendidikan yang akan dicapai oleh ‘pemikir’ ini. Kita belum pun lagi mengaitkan hubungan ini dengan para Sahaabah dan Salafus Saaliheen, sebagaimana hubungan ‘pemikir’ moden itu dengan Ustaaznya. Kita mempelajari asas-asas agama melalui peribadi-peribadi yang mulia tersebut. Kesan daripada merasa jijik untuk tunduk kepada ‘perhambaan mental’ mereka, tiada bezanya daripada seorang murid anak kecil yang mendakwa dirinya sebagai ‘pemikir’. Semoga Allah ampunkan daku. Daku berpendapat bahawa sesiapa yang memisahkan ikatan dengan para Salafus Saaliheen, dan mencampakkan apa yang dianggap mereka sebagai bebanan ‘perhambaan mental’, dan mencuba untuk melakarkan jalan baru dalam Islam, pada hakikatnya, mereka ini tidak mengakui Islam, hanyasanya berterusan menggunakan perkataan Qur’aan dan Sunnah, kerana tidak ada cara lain untuk menyebarkan kekufuran mereka dan kemusykilan dikalangan masyarakat Muslim. Daku tidak menganggap Maududi Saheb dikalangan mereka, tetapi adalah dikesali bahawa dengan menolak ‘perhambaan mental’ oleh setiap peribadi-peribadi yang mulia dikalangan para Salafus Saaliheen, beliau telah memberi keutamaan kepada ‘perhambaan mental’ oleh para orientalis barat yang tidak beriman, dan beliau telah menerima pakai ‘pemikiran free-thinkers’ yang menguasai para modernis hari ini.

Maududi telah mencibir-cibirkan dan mencemuh mereka yang mengikuti jalan para Salafus Saaliheen sebagai ‘perhambaan mental’ yang mana Al-Qur’aan telah mengistyharkan sebagai ‘Sabilul Mu'mineen’ (jalan bagi orang-orang mukmin) dan Al-Quran memberi ancaman terhadap sesiapa yang mengabaikannya dengan azab Jahannam yang amat pedih. Inilah ‘perhambaan mental’ yang sama yang digambarkan di dalam Al-Quran sebagai ‘As Siraatal Mustaqeem’ (Jalan Yang Lurus), dan diperintahkan Allah kepada kita untuk merayu sebagai doa hidayah. Juga, inilah ‘perhambaan mental’ yang mana orang Islam sujud (bersolat) lima kali sehari dan memohon doa. Alangkah buruk dan kejinya tafsiran sebegini (oleh Maududi), yang mana jalan yang telah dilalui oleh tidak terkira ramainya orang-orang soleh, kini untuk mengikutinya, dilabelkan sebagai ‘perhambaan mental’.

Jika kamu mengkaji timbulnya golongan-golongan sesat sepanjang masa Islam, maka kebenaran akan tertera didepan kamu bahawa asas kepada semua golongan sesat ini adalah “Ana wala ghayri” (Aku dan tiada selain dari Aku). Kesemua mereka ini merasa terhina kepada ‘perhambaan mental’ oleh para Salafus Saaliheen, dan terapung hanyut dalam pemikiran tinggi mereka di dalam belantara kebijaksanaan dan pemahaman mereka sendiri. Kemudian, dimana saja kepala mereka timbul, disitulah tertumpunya lamunan fikiran mereka.

Fitnah yang pertama-tama dalam Islam telah diperkenalkan oleh Abdullah bin Saba, seorang Yahudi, yang mana asas pemikirannya lahir daripada anggapan tidak ada sesiapa pun yang bebas dari kritikan selain dari peribadi mulia Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam. Kemudian, dari sulbi Saba'iyyah ini, lahirnya pula fitnah golongan Khawaarij, yang mendakwa dengan lantang bahawa Ali Radhiallahu Anhu dan para Sahaabah yang lain tidak memahami Islam. “Kami lebih memahami daripada mereka.” Kemudian melalui cara yang sama golongan-golongan Mu'tazilah, Murjiyyah, Qadriyyah, dsb. berakar umbi. Setiap satu daripada mereka mengatakan sebagai mengikuti para Salaf adalah ‘perhambaan mental’. Mereka sesat dan menyesatkan.

Pada masakini, daripada golongan-golongan baru yang muncul, walaupun berbeza dari segi dasar dan pandangan, kamu akan dapati bahawa mereka ini lebih kurang sama sepakat atas perkara tersebut di atas. Telah menjadi kelaziman hari ini, untuk menyindir dan mempersendakan para Salafus Saaliheen; mencari-cari keburukan amalan mereka; memburuk-buruk keperibadian mereka; melemparkan kritikan kepada mereka; dan melabelkan mengikuti mereka sebagai pak turut, kolot, kuno, ortodoks, perhambaan mental, dsb. Adalah menyedihkan bahawa Maududi Saheb telah melandaskan ‘Pergerakan Islam’ nya mengikut lunas-lunas ini. Apabila kita membaca sejarah mengenai golongan Khawaarij, kita terpegun dengan kelancangan mereka. Mereka mendakwa memahami agama lebih dari peribadi mulia yang telah melihat sendiri dengan mata mereka akan pancaran sinar Islam; yang telah menjadi rakan sekutu dan karib Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam sepanjang masa 23 tahun nubbuwah; yang telah menyaksikan sendiri secara peribadi setiap peristiwa turunnya wahyu; serta yang telah menggunakan seluruh hidup mereka daripada usia anak-anak hingga mencapai usia lanjut berkhidmat kepada Islam. Kami sekali-kali tidak memahami apa yang terjadi pada kewarasan golongan Khawaarij tersebut. Mereka dengan keras mengkritik pemahaman agama sahabah.

Sejarah berulang kembali. Hari ini kritikan oleh Maududi Saheb (serangan beliau terhadap Uthman Radhiallahu Anhu dan para Sahaabah yang lain) telah menyingkirkan rasa kehairanan dan terkejut kami terhadap golongan Khawaarij. Maududi cuba untuk memahamkan kita bahawa Uthman Radhiallahu anhu telah tidak berupaya untuk menegakkan ‘Sistem Islam’, tidak juga sesiapa selepas beliau (Uthman r.a.) mendapat petunjuk dan kuasa untuk melakukannya. Sekarang, ‘Pergerakan Islam’ Maududilah yang akan menerajui Sistem Islam. ‘In hiya illa Khaarijiyyatun Jadidatun’ (Sesungguhnya ianya adalah urutan baru Khawaarij). Sedangkan para malaikat Allah merendah hati dengan kehadiran Uthman Radhiallahu Anhu.

Rasulullah Salallahu alaihi wa Sallam bersabda: “Tidakkah patut daku merasa rendah hati dihadapan orang itu, yang mana kehadiran beliau menyebabkan para malaikat juga merasa rendah hati.” (Muslim, Mishkat mukasurat 56).
Maududi tidak merasa tersentak dengan sabdaan ini, malah menghujani kritikan gasang terhadap beliau (Uthman r.a.). Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam sendiri mengakui pengorbanan besar oleh Uthman Radhiallahu Anhu dengan sabdaan baginda:“Apa saja yang dilakukan oleh Uthman Radhiallahu Anhu selepas ini, tidak sekali-kali akan tertimpa tuduhan ke atasnya.” (Tirmizi, Mishkat).Tetapi menjadi satu kebanggaan bagi Maududi menghamburkan tuduhan demi tuduhan ke atas beliau (Uthman r.a.).
Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam menasihati umat dengan sabdaan baginda:“Takutilah Allah dalam perihal para Sahaabah ku, takutilah Allah dalam perihal para Sahaabah ku. Jangan menjadikan mereka sumber kritikan kamu selepas pemergian daku. Sesiapa yang telah menyayangi mereka, telah meyayangi mereka disebabkan cinta mereka kepada daku, dan sesiapa yang membenci mereka, telah membenci mereka kerana kebencian mereka terhadap daku.” (Tirmizi).

Tetapi Maududi merasakan penting untuk mengkritik mereka seperti mengayak mereka pada satu tapisan. Ianya memberikan hak mengkritik kepada sesiapa saja. Dengan mengkritik mereka, ia mengarahkan umat untuk memandang menghina dan membenci mereka, serta orangramai akan menjauhi dari menjadi ‘hamba mental’ mereka. Ini adalah Khaarijiyyah yang sama dengan warna yang baru, yang mulai timbul pada zaman para sahabat. Adalah diriwayatkan dalam satu hadith bahawa mereka yang terkemudian dikalangan umat ini akan memaki-hamun pendahulu mereka.

Daku akhiri surat ini dengan menyebut arahan daripada Faqihul Ummah, Abdullah bin Mas'ud Radiallahu Anhu. Kamu boleh membandingkan ‘tahap kebenaran’ diantara Sahabat besar yang mulia ini dengan apa yang dibawa oleh Maududi. Beliau Radiallahu Anhu berkata:‘Jika kamu berhasrat untuk mencontohi seseorang, maka ikutilah perjalanan orang yang sudah mati, kerana seseorang itu tidak selamat dari fitnah orang yang hidup. Daku maksudkan iaitu mereka dikalangan Sahabat Muhammad Sallallahu alaihi wa Sallam. Mereka itu adalah sebaik-baik ummat ini, mereka mempunyai sebersih-bersihnya hati, mereka mencapai sedalam-dalamnya ilmu pengetahuan, dan seringan-ringannya penanggungan. Allah Ta’aala telah memilih mereka untuk menjadi para sahabat NabiNya Sallallahu alaihi wa Sallam dan meninggikan agamaNya. Maka, hendaklah kamu mengakui kelebihan mereka dan ikut perjalan mereka. Sesungguh mungkin, hendaklah kamu mencontohi kelakuan dan sifat, kerana mereka di atas Jalan yang Lurus.’ (Razeen).

Semoga Allah Ta'aala memberi kita dan seluruh Ummah Taufeeq untuk menuruti nasihat yang tidak ternilai ini, dan berterusan membimbing kita kepada Jalan Yang Lurus. (Aameen).

Maulana Muhammad Yoosuf Ludhianwi (rahmatullah alayh)