Terjemahan dari tulisan Maulana Muhammad Yusuf Binnori
Untuk mendalami sesuatu perkara, adalah perlu bahawa seseorang itu tetap mendampingi dan mengambil menafaat dari orang yang pakar dalam perkara tersebut. Adalah menjadi satu kenyataan bahawa untuk sebarang pekerjaan, baik yang senang atau yang melibatkan kemahiran, seorang guru atau pembimbing adalah diperlukan. Tanpa ini semua, seorang yang pandai dan bijaksana sekalipun tidak boleh mencapai tahap yang diidamkan, samada dalam bidang kejuruteraan, perubatan, atau dalam apa-apa bidang sekalipun. Bahkan dalam setiap pekerjaan atau perdagangan adalah menjadi kemestian dan tanggungjawab yang mana seorang itu perlu sekurang-kurangnya mendapatkan asas-asasnya daripada seorang guru atau pakar.
Dalam hal ini, apabila ianya menjadi keperluan untuk memdapatkan ilmu dan bimbingan dalam bidang-bidang materialistik, bagaimana mungkin mencapai Uloom Nubuwwat – yakni pengajaran dari para Ambiyaa’ (Alayhis salaam) – dan kerumitan hukum hakam Shari'ah tanpa bimbingan dari seorang pembimbing? Bidang lapangan ini adalah diluar kemampuan kepintaran akal manusia. Ianya telah sampai kepada umat ini melalui wahyu dari Yang Maha Berkuasa, dan berterusan melalui mujahadah, rohaniyat, tarbiyah, tawfeeq dan hidayah. Kemudian dalam bidang kerohanian ini tumpuan dan pertimbangan dari pembimbing; dan pergaulan praktikal dengannya, adalah berkedudukan lebih penting daripada kata-kata.

Pencapaian fikir yang betul, pemahaman dan tarbiyah secara amali, adalah lebih penting daripada pencapaian ilmu. Pada dasarnya, lebih lama seseorang itu mendampingi seorang masyaikh, lebih banyak menafaat dan pengalaman yang akan diperolehinya. Lebih sempurna seorang pembimbing itu, lebih banyak menafaat dan kecemerlangan yang akan diperolehi.
Oleh kerana maksud dan tujuan Uloom-e Nubuwwat adalah sebagai petunjuk hidayah bagi makhluk Allah, dalam memahaminya, ada berkemungkinan besar, melalui kejahatan Shaytaan yang dilaknat, boleh menjerumus kepada kesesatan. Shaytaan tidak peduli apabila seseorang itu berusaha untuk mendapatkan kemewahan dunia. Malah Shaytaan duduk dengan selesa. Ia tidak perlu untuk masuk campur, tidak juga perlu baginya menunjukkan permusuhan. Bagaimanapun, apabila melibatkan aakhirat dan agama, Shaytaan menjadi keluh kesah untuk melakukan kerosakan. Ia menggunakan keseluruhan tenaga dalam segala cara, agar kejayaan dan hidaayat bertukar kepada kemusnahan dan menyebabkan kesesatan dari jalan yang lurus. Modal paling berharga bagi Iblis laknatullah adalah ‘Talbis’, iaitu mencampurkan yang haq dengan yang baathil dengan cara yang mana, sesuatu itu pada zahirnya nampak bermenafaat, tetapi sebenarnya ia menjadi sumber kepada dosa dan kejahatan serta bahaya. Tambahan pula, perlu dingat bahawa tipu muslihat nafsu manusia mengatasinya, menjadi lumrah manusia bersikap sombong, angkuh, licik, menunjuk-nunjuk serta mencintai pangkat dan status tinggi. Inilah penyakit-penyakit yang sukar untuk dihakis walau selepas latihan yang panjang dan berdisiplin.
Untuk itu, adalah menjadi tanggungjawab untuk terus bergaul karib dengan masyaikh untuk beberapa lama, bagi menyelamatkan diri dari pengaruh Shaytaan. Jika hadir kemurahan dan belas kasihan dari Allah, maka pasti seseorang itu dipulihkan, jika sebaliknya, manusia itu akan berjalan tanpa hala tuju di gurun ilmu dan intellek.

Setelah mengkaji Sejarah Pendidikan dunia, hal ini menjadi lebih jelas yang mana segala fitnah dan huru-hara yang terjadi, adalah disebabkan para intellek dan cerdik pandai. Pada zaman Ilmu Pengetahuan, sebahagian besar dari fitnah muncul menerusi Ilmu. Sehingga dikalangan Ulama Haq, ramai cerdik pandai disebabkan oleh kepintaran yang tajam dan kecerdasan telah menjadi mangsa kepada pemikiran dan idea yang salah. Kenyataan ini terbukti bahawa dengan bergantung penuh kepada ketajaman intelek, mereka terperangkap dalam Ilmu Kibr (kesombongan pendidikan), dan keangkuhan terhadap pandangan sendiri. Mereka tidak berpeluang menjalani sedikit sebanyak latihan kerohanian yang bermenafaat. Oleh yang demikian, mereka menempuhi jalan yang berliku.
Pada masakini, terdapat banyak contoh-contoh sedemikian. Oleh ketajaman ilmu mereka dan sering kali mereka sangat baik dalam bertutur dan menulis, mereka telah menjadi punca kepada bertambahnya fitnah. Individu-individu tertentu yang tidak berpeluang mendalami ilmu pengetahuan atau latihan kerohanian, dengan mudah telah menjadi penyokong mereka dan dengan pantas mulai menyokong kuat ideologi baru mereka. Shaytaan sentiasa sibuk dengan pekerjaannya (yang menyesatkan). Seorang peribadi yang berkemungkinan menjadi asbab hidayah untuk umat, menjadi asbab kesesatan dan keruntuhan kepada Umat. Terdapat beberapa contoh seperti ini dalam setiap zaman.

Imaam Ghazzaaly (Rahmatullaah Alayhi) telah menulis dalam kitabnya ‘Maqaasidul Falaasifah’ bahawa setelah memerhatikan ketepatan di dalam asas dan sains matematik Greek, orangramai mulai menerima segala pengajaran Greek (Yunani) sebagai sesuatu yang betul. Malah mereka telah menerima pakai pengajaran Greek dalam bidang teologi (ketuhanan) dan falsafah, yang telah menyesatkan mereka. Kata-kata Imaam Ghazzaaly tersebut sungguh mengejutkan dan benar. Dalam keadaan ini, shaytaan mendapati peluang baik untuk menyesatkan manusia. Bahkan, apabila orang aalim dan terpelajar, cerdik pandai, dan berkemampuan boleh terjebak dalam jaringan fitnah sedemikian, apatah lagi peribadi yang mempunyai kemampuan ilmu yang cetek dan mempunyai kemampuan yang hebat dalam penulisan, serta kepintaran dan kebijaksanaan, tetapi kosong dari latihan kerohanian dibawah pengawasan masyaikh yang mursyid, mereka dengan pantas ditenggelami keangkuhan terhadap diri sendiri dan mulai menghina Ummah. Semua hasil kajian ulama' terpelajar di kalangan Ummah ini telah dikeji, semua amalan hebat para Salafus Saaliheen dipersenda-sendakan, dan dengan mengkritik setiap peribadi dari permulaan hingga keakhirnya, jatuh terjerumus dala jurang yang dalam dan bahaya, menjadi asbab menarik manusia kepada kemusnahan. Dikalangan orang-orang tersebut adalah seorang peribadi yang masyhur yang bernama Abul A'ala Maududi, seorang yang cerdas dan pintar sejak dari kecil, tetapi mengalami kesempitan hidup.
Pada permulaannya Abul A’ala Maududi bekerja dengan Medina Periodical di Bijnor, India. Kemudian beliau pindah bekerja dengan ‘Muslim’, majalah terbitan Jamiat Ulama-e-Hind. Setelah beberapa tahun, beliau diambil bekerja oleh ‘Al-Jamiat’, Delhi, satu jurnal terbitan Jamiat Ulama-e-Hind, yang pada masa itu diterbitkan pada hari ketiga setiap bulan. Artikel beliau yang bertajuk ‘Tarikh ke Jawaahir Paaro’ ditulis dengan sungguh baik dan cemerlang. Dalam keadaan ini, Maududi telah diasuh sebagai penulis oleh Mawlana Ahmad Saeed Saheb.
Setelah kematian ayahnya, Maududi tidak dapat meneruskan pengajiannya, malah terpaksa meninggalkan pengajiannya diperingkat awal bahasa Arab rendah, juga beliau tidak berpeluang untuk mempelajari pengajian sekular. Beliau kemudiannya belajar Bahasa Inggeris dan mencapai kemahiran yang agak baik. Dia banyak mendapat menafaat melalui buku-buku, majalah-majalah, dan tulisan-tulisan pengarang-pengarang yang terhormat pada masa itu. Kebolehan penulisan beliau bertambah setiap hari. Malangnya, beliau tidak mendapat menafaat dari mana-mana madrasah, bukannya lulusan dari mana-mana pengajian moden, tidak juga beliau mendapat faedah dari guru berpengalaman yang alim dan mursyid. Beliau telah mengakui semua ini dalam satu artikel yang diterbitkan pada era India Bersatu bagi menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh Mawlana Abdul-Haq Madani Muradabadi.
Beliau juga sungguh malang berkawan dengan Niyaaz Fatehpuri, seorang atheist dan kufur. Melalui pergaulan dan hubungan tersebut, banyak kesalahfahaman dan kecenderungan telah terbina. Pada tahun 1933, beliau mulai menerbitkan ‘Tarjumanul Quraan’ dari Hyderabad, Dacan, dimana beliau banyak menerbitkan artikel. Beberapa karya ilmiah dan kesusteraan mulai terbit dengan gaya dan olahan terbaik. Pada masa itu, keadaan politik negara (India) dalam keadaan runcing. Pergerakan pembebasan India berada ditahap getir. Para intelek dan golongan terpelajar yang terbaik negara terlibat dalam pergerakan pembebasan India dari pihak British. Mawdudi mengambil langkah yang berbeza dari yang lain dan melaungkan slogan ‘Iqaamat Deen’ and ‘Hukumate Ilaahiyya’.

Beliau dengan tegas dan lantangnya mengkritik semua yang terlibat dalam mencari pembebasan India. Para simpati beliau yang lurus, menganggap bahawa Maududi Saheb adalah sandaran terakhir untuk kebaikan agama. Oleh yang demikian, dengan cepat puji-pujian datang mencurah ke atas beliau dari hasil tulisan Mawlana Sayyid Sulaymaan Nadwi, Mawlana Manaazir Ahsan Gilani dan Mawlana Abdul Majid Daryabadi. Pada masa itu, Mawdudi hanyalah satu nama seorang individu. Masih beliau tidak memiliki apa-apa misi hala tuju ataupun pertubuhan atau pergerakan. Disebabkan penulisan dan kenyataan beliau yang menyerlah, sebahagian daripada Ahle Haqq mulai menaruh harapan ke atasnya. Oleh kerana persiapannya dan melalui sokongan dan gesaan dari Chaudri Muhammad Niyaaz, asas bagi Darul Islam telah disemai di Pathankot. Liga Muslim dan Kongres mula dikecam hebat.
Artikel-artikel berkenaan yang ditulis oleh beliau, juga terbitnya buku beliau mengenai kemelut politik pada masa itu membuatkan beliau mulai mendapat sanjungan daripada para pengikutnya. Keadaan politik menambahkan lagi penerimaan terhadapnya. Satu perjumpaan telah diadakan di Lahore, dan asas penubuhan Imaraat beliau dilakukan secara rasmi. Satu ucapan yang disediakan oleh beliau telah dibacakan, yang mana tugas dan tanggungjawab seorang Ameer masakini telah dirumuskan. Antara yang hadir terdiri dari peribadi-peribadi yang masyhur seperti Mawlana Manzoor Nu’maani, Mawlana Abul-Hassan Ali Nadwi, Mawlana Amin Ahsan Islaahi and Mawlana Mas’ud Aalam Nadwi. Mawdudi telah dilantik sebagai Ketua Ameer dan keempat-empat peribadi tersebut dilantik sebagai Timbalan Ameer. Dengan itu, tertubuhlah Jamaat Islami secara rasmi. Perlembagaan dan piagamnya diwartakan.
Orangramai mengalu-alukannya, dan dari setiap penjuru harapan mulai disandarkan. Belum pun sampai jangkamasa enam bulan, Mawlana (Manzoor) Nu’maani Saheb dan Mawlana Ali Mia Saheb (Abdul Hasan) meletakkan jawatan.Mereka telah meneliti kekurangan ilmu yang ada padanya dan ketidak ikhlasannya. Mereka tidak lagi boleh bersekongkol dengannya. Kedua peribadi yang mulia ini mendiamkan diri dan tidak memberitahu Ummah secara terbuka akan sebab pemisahan mereka dengannya. Pada masa itu daku sedang mengajar di Jamia Islamia Dabhel. Daku bertanyakan kepada mereka berdua akan sebab-sebab mereka berundur. Mereka menyatakan berbagai perkara, tetapi tidak ada penjelasan yang memuaskan.
Daku memahami pendapat Marhum Mawlana Mas’ud Aalam dan Mawlana Amin Ahsan Islaahi lebih kurang sama dari segi keyakinan dan perlakuan. Jadi, selama beberapa lama mereka terus menjadi orang kanan Mawdudi Saheb. Mawlana Mas’ud Aalam membantu melalui perantaraan penulisan-penulisan seni bahasa Arab dan menterjemahkan dengan cemerlang ke bahasa Arab penulisan Maududi. Beliau juga melatih beberapa murid dalam bidang tersebut. Mawlana Islaahi membantu pergerakan Mawdudi melalui cara dan gaya tersendiri, beberapa buku yang sangat baik telah ditulis berkenaan komunisma dan beberapa lapangan lain seperti riba, alkohol, purdah, dsb. Beberapa buku yang baik juga ditulis untuk golongan muda moden. Beberapa artikel yang baik diterbitkan dalam ‘Tafheemaat dan Tanqeehaat'. Berbagai gaya dan cara digunakan untuk menarik perhatian orang-orang Arab, terutama para sheikh dari Arab Saudi.

Strategi yang berjaya telah digunakan. Kesemua penulisan yang dihasilkan oleh rakan sekutu Maududi diterbitkan dengan cara yang mana seolah-olah kesemua penulis-penulis tersebut bersandar kepada beliau. Maka oleh itu, keperibadian Maududi semakin masyhur. Beliau mendapakan kemasyhuran melalui penulisan rakan-rakan sekutu beliau. Beliau tidak mampu menulis dalam Bahasa Arab mahupun Inggeris. Nama-nama penterjemah tidak dipaparkan dalam buku-buku beliau yang diterjemahkan ke bahasa-bahasa lain. Ianya tidak dipaparkan bahawa buku ini diterjemahkan oleh Mas’ud Aalam atau Aasim Haddaad. Orang ramai beranggapan bahawa intelek seni sastera Urdu ini juga adalah seorang Imaam dalam Bahasa Arab.
Tidak beberapa lama berlalu apabila Mawlana Gilani Saheb dan Sayyid Sulaymaan Nadwi Saheb mulai sedar dan nampak akan kesan buruknya, yang mana penulisan-penulisan tersebut adalah asbab kepada terciptanya fitnah baru. Mawlana Gilani berhenti merujuk kepada Mawdudi dengan gelaran yang dikurniakan kepadanya, seperti ‘Mutakallim-e Islam' dsb. Mawlana Gilani telah menulis beberapa artikel yang kritikal di bawah tajuk ‘Khaarijiyyate Jadidah' dalam ‘Sidqe Jadid' Mawlana Daryabadi. Mawlana Sayyid Husain Ahmed Madani Saheb mungkin orang yang pertama di kalangan para Ulama' yang mengenal pasti Fitnah ini dalam surat menyuratnya. Dengan beransur, para Ulama' lain pun mulai mengemukan pendapat mereka secara terbuka. Shaykhul Hadith Mawlana Muhammad Zakariyya Saheb telah mentelaah segala hasil karya cetak Maududi dan menulis satu buku kecil yang amat bernilai. Adalah satu kesalan yang mana buku kecil tersebut masih belum tercetak. Sehubungan dengan ini, seorang Ustaz yang mengajar di Madrasah Mazaahirul Uloom, Saharanpuri, Mawlana Zakariyya Quddusi telah terkesan dengan Maududi. Memandangkan hal tersebut dan nasihat untuk membetulkannya, Shaykhul Hadith Saheb telah menulis sepucuk surat kepadanya, menerangkan segala kesilapan dan kesalahan Maududi menafsirkan agama.
Surat ini telah diterbitkan dalam bentuk buku kecil bertajuk ‘Fitnah Maududiyyat' (sekarang dicetak di bawah tajuk ‘Jamaat Islamiyyah, ek lamanah Fikriyyah'. Daku mengagumi banyak perkara tentang Maududi dan membenci banyak perkara. Dalam waktu yang lama, daku tidak mahu merendahkan beliau. Daku merasakan dari gaya persembahan beliau yang tersendiri, boleh memberi menafaat kepada generasi moden. Walaupun beberapa kali, karangan-karangan tertentu beliau tidak mungkin dapat ditelan, tetapi atas maksud kebaikan agama, daku bersabar dan berdiam diri. Daku tidak menyangka bahawa Fitnah ini akan merebak di seluruh pelusok dunia dan memberi kesan bahaya kepada dunia Arab; yang mana setiap hari dari pena utamanya, muncul tunas yang semakin membesar dan kata-kata nista diucapkan terhadap para Sahabat (Radhiallaahu Anhum) dan para Ambiya' (Alayhimus salaam). Kemudiannya, hal tersebut hampir setiap hari muncul dalam ‘Tafhimul Qur’aan'.
Sekarang telah dimaklumi tanpa syak lagi bahawa penulisan dan penerbitan nya dalah sumber Fitnah yang terbesar dewasa ini, walau diambil kira beberapa huraian yang panjang yang berguna tentang sesuatu subjek yang telah muncul, ianya adalah sepertimana “tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya" (Surah Baqarah 2:219). Sekarang telah sampai tahapnya dimana dengan berdiam diri adalah seperti jenayah yang besar. Amat dikesali bahawa selama empat puluh tahun penyerangan dilakukan dengan secara diam-diam. Sekarang masanya telah tiba, dimana tanpa takut akan penyangkalan dan kritikan yang mencela, kesemua penulisan beliau, dari A hingga Z, haruslah dikaji dengan penuh teliti atas maksud memenuhi tuntutan untuk memelihara agama yang Haq dan keadilan.
Wallaahu Waliyyut Tawfeeq
Mawlana Muhammad Yusuf Binnori
No comments:
Post a Comment